Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya & Teruskan Sayangi Diri Anda!

Ramadhan telah berlalu meninggalkan kita tahun ini ~ semoga segala ibadah kita diterima dan doa kita dimakbulkan, insya Allah. Dikesempatan ini, NH ingin mengucapkdan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca Muslimin, Maaf Zahir dan Batin.

Sudah pasti semasa berhari raya nanti kita akan disajikan dengan pelbagai juadah yang enak dan menyelerakan. Tambahan lagi, di Malaysia, makanan kita mempunyai 1001 keunikan dan keistimewaan khususnya untuk tujuan hidangan hari perayaan. Oleh itu, NH ingin menyeru kepada diri saya sendiri dan kepada rakan-rakan sekalian agar memberikan perhatian terhadap kepada apa yang akan kita ambil sebagai pemakanan kita sepanjang musim perayaan ini. NH percaya bahawa Syawal bukanlah tiket yang membolehkan kita makan dan minum tanpa kawalan sehingga memudharatkan tubuh badan kita lebih-lebih lagi selepas perut dan usus kita di'service' selama sebulan! 

Sebaliknya, ambillah peluang ini untuk terus mengamalkan tabiat pemakanan yang seimbang dan bersederhana supaya badan kita dalam keadaan terbaik untuk meraikan hari lebaran ini. Sebagai contoh untuk hari lebaran nanti, mungkin kita boleh mulakan hari lebaran kita dengan mengambil Healthy Breakfast sebagai keperluan nutrisi kita. Sepanjang berhari raya dan menziarahi sanak saudara dan taulan, cuba ambil makanan secara sederhana dan hanya makan apabila terasa lapar. Banyakkan ambil air masak & TeaMix sepanjang hari. Di sebelah malam, ambillah Herbal Aloe Concentrate sebelum tidur untuk mencuci usus dan perut kita yang telah bekerja keras sepanjang hari... 

Mulakan raya anda dengan Healthy Breakfast!

Tiada nikmat yang terbaik selain kesihatan tubuh badan yang dikurniakan Allah kepada kita. Oleh itu, kita wajarlah menjaga kurniaan tersebut sebaiknya dengan memberikannya nutrisi terbaik dan mengawal pemakanan yang mungkin memberikan kesan kurang elok terhadap badan. Bukan NH mengatakan sehingga kita tak boleh langsung menikmati juadah hari raya, cuma NH hanya mencadangkan agar pengambilan makanan tersebut wajarlah dalam kuantiti yang sederhana... jangan lah sampai hendak berdiri pun tak mampu lagi!

OK lah~ semoga sedikit perkongsian tips nutrisi hari raya dapat membantu anda kekal cergas dan sihat sepanjang berhari raya. Sayangilah hasil usaha anda yang mungkin telah berjaya menurunkan sedikit berat badan sepanjang Ramadhan lalu~ Usahlah sia-siakannya dengan menggandakan jumlahnya. Tiada orang lain yang dapat memberikan motivasi dan dorongan untuk diri anda berjaya kecuali diri anda sendiri!

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin! 

No comments:

Post a Comment