Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya & Teruskan Sayangi Diri Anda!

Ramadhan telah berlalu meninggalkan kita tahun ini ~ semoga segala ibadah kita diterima dan doa kita dimakbulkan, insya Allah. Dikesempatan ini, NH ingin mengucapkdan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca Muslimin, Maaf Zahir dan Batin.

Sudah pasti semasa berhari raya nanti kita akan disajikan dengan pelbagai juadah yang enak dan menyelerakan. Tambahan lagi, di Malaysia, makanan kita mempunyai 1001 keunikan dan keistimewaan khususnya untuk tujuan hidangan hari perayaan. Oleh itu, NH ingin menyeru kepada diri saya sendiri dan kepada rakan-rakan sekalian agar memberikan perhatian terhadap kepada apa yang akan kita ambil sebagai pemakanan kita sepanjang musim perayaan ini. NH percaya bahawa Syawal bukanlah tiket yang membolehkan kita makan dan minum tanpa kawalan sehingga memudharatkan tubuh badan kita lebih-lebih lagi selepas perut dan usus kita di'service' selama sebulan! 

Sebaliknya, ambillah peluang ini untuk terus mengamalkan tabiat pemakanan yang seimbang dan bersederhana supaya badan kita dalam keadaan terbaik untuk meraikan hari lebaran ini. Sebagai contoh untuk hari lebaran nanti, mungkin kita boleh mulakan hari lebaran kita dengan mengambil Healthy Breakfast sebagai keperluan nutrisi kita. Sepanjang berhari raya dan menziarahi sanak saudara dan taulan, cuba ambil makanan secara sederhana dan hanya makan apabila terasa lapar. Banyakkan ambil air masak & TeaMix sepanjang hari. Di sebelah malam, ambillah Herbal Aloe Concentrate sebelum tidur untuk mencuci usus dan perut kita yang telah bekerja keras sepanjang hari... 

Mulakan raya anda dengan Healthy Breakfast!

Tiada nikmat yang terbaik selain kesihatan tubuh badan yang dikurniakan Allah kepada kita. Oleh itu, kita wajarlah menjaga kurniaan tersebut sebaiknya dengan memberikannya nutrisi terbaik dan mengawal pemakanan yang mungkin memberikan kesan kurang elok terhadap badan. Bukan NH mengatakan sehingga kita tak boleh langsung menikmati juadah hari raya, cuma NH hanya mencadangkan agar pengambilan makanan tersebut wajarlah dalam kuantiti yang sederhana... jangan lah sampai hendak berdiri pun tak mampu lagi!

OK lah~ semoga sedikit perkongsian tips nutrisi hari raya dapat membantu anda kekal cergas dan sihat sepanjang berhari raya. Sayangilah hasil usaha anda yang mungkin telah berjaya menurunkan sedikit berat badan sepanjang Ramadhan lalu~ Usahlah sia-siakannya dengan menggandakan jumlahnya. Tiada orang lain yang dapat memberikan motivasi dan dorongan untuk diri anda berjaya kecuali diri anda sendiri!

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin! 

Saturday, August 27, 2011

Tahniah Herbalife ~ Lubnan Menjadi Negara ke 77 Menyertai Misi Nutrisi!

Herbalife melebarkan sayapnya lagi! Negara bongsu yang akan menyertai Misi Nutrisi adalah Lubnan sebagai negara ke 77! Apakah erti di sebalik nombor tersebut? Jom kita singkap...

1 - Sudah 77 Kementerian Kesihatan di 77 negara tersebut memberikan clearance bahawa Herbalife adalah produk yang baik dan tidak memberikan kemudharatan dari segi kesihatan;
2 - Dunia semakin diasak masalah nutrisi seimbang! Semakin ramai orang memerlukan nutrisi hebat ini;
3 - Syarikat Herbalife International diterima di peringkat global. Ini menandakan betapa lajunya misi nutrisi ini disebarkan;
4 - Semakin ramai masyarakat dunia akan dapat menikmati manfaat dan faedah daripada Herbalife selaku peneraju produk nutrisi kesihatan. Ini bermakna semakin ramai masyarakat dunia yang boleh dibantu;
5 - Market semakin besar dan peluang anda semakin tinggi untuk menyampaikan misi nutrisi bersama kami!

Cukuplah 5 kot~ kalau nak disenaraikan erti disebalik pembukaan Pejabat Herbalife di negara ke 77 ni memanglah banyak. Antara fakta berkaitan penetration Herbalife ke Lubnan adalah seperti berikut:

Lubnan telah memilih untuk berubah! Anda bagaimana?


Jadi... apa lagi! Semakin orang memilih untuk menjadi lebih sihat dan lebih mengukuhkan kewangan keluarga mereka! Anda bila lagi? Mulakan langkah anda dengan membuat satu panggilan yang mungkin boleh merubah kehidupan anda di masa hadapan dari segi kesihatan mahupun kewangan insya Allah. Angkat telefon anda dan hubungi saya di 019-9830250 sekarang! Untuk semuanya berubah, anda terlebih dahulu perlu berubah~

Tuesday, August 23, 2011

Awas Penyakit Gaya Hidup! Elakkannya Serta Merta~

Sebagai mukaddimah, NH! ingin berkongsi beberapa fakta umum penting berkaitan kesihatan. Satu petikan akhbar tempatan pada tahun 2006 menyatakan antara lain bahawa penduduk dunia kini sedang menghadapi masalah kanser, diabetis, masalah pernafasan dan sakit jantung sebagai pembunuh terbesar manusia di rantau Asia. 

Masalah-masalah tersebut sebenarnya banyak berpunca daripada tabiat pemakanan yang tidak seimbang atau tidak sihat. Terlalu banyak skandal pemakanan telah dipaparkan di dada akhbar. Pewarna berlebihan, penggunaan pengawet dan pelbagai racun menjadikan badan kita terdedah dengan unsur-unsur yang boleh merosakkan badan melalui medium pemakanan. Tambahan pula, keunikan masakan di rantau Asia Tenggara ini menyebab kadar kegemukan atau obesiti semakin meningkat dari hari ke hari. Hatta, di Malaysia, TPM telah mengarahkan agar tindakan sewajarnya diambil bagi memastikan masalah obesiti di kalangan kanak-kanak dapat dibendung.

Perangkaan pada tahun 2006. Kini 2011 ~ adakah anda rasa jumlahnya berkurangan?


Apakah peranan anda? Adakah anda turut menambah jumlah dalam perangkaan di atas? Adakah badan kita kebal daripada menerima sebarang unsur-unsur skandal pemakanan yang kita bincangkan tadi? Sayangilah diri kita~ berikanlah ia nutrisi yang hebat yang boleh menambah kesihatan sel seterusnya menjadikan sistem badan kita juga seimbang! Jika bukan anda yang mengubahnya, saya tidak pasti siapa yang akan mengubahnya.

Jika anda berminat untuk menyampaikan misi nutrisi bersama saya, call saya sekarang 019-9830250 (Azlan) dan saya akan ceritakan kepada anda bagaimana kita boleh lakukannya bersama-sama. 

Selamat Datang Ke Nutrisi Hebat!

Terima kasih kerana melawat blog Nutrisi Hebat! (NH!). Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi dengan anda tentang kepentingan memastikan badan kita dalam tahap kesihatan yang terbaik dengan cara memberikannya nutrisi terbaik. 

Nutrisi yang baik membina sel dan badan ke arah lebih sihat!

Ya! Badan anda adalah milik anda~ tiada siapa yang layak menyayangi tubuh badan anda selain diri anda sendiri. NH! akan memaparkan pengalaman mereka yang berusaha menambah tahap kesihatan menjadi lebih baik. Blog ini adalah tentang PERUBAHAN. Mereka telah berubah menjadi lebih baik, saya juga telah berubah menjadi lebih baik. Bagaimana dengan ANDA?

Untuk persekitaran anda berubah, anda perlu berubah.... untuk persekitaran anda menjadi lebih baik, anda perlu menjadi yang terbaik terlebih dahulu. Selamat bernutrisi!